Monday, 29 April 2013

Bersahabat Kerana ALLAH S.W.T (^_^)

Bismillahirahmanirahim 
Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulilah .
 bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana masih dberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini .
Sebagai hambaNya yang bertaqwa .
 kita perlu memanfaatkn kehidupan kita demi mencapai matlamat untuk berjaya d dunia mahupun d akhirat .

hai shabat2 ku.
anda semua sihat ? alhamdulilah :)
hari ni kan...aina buat ice blended laici ! 
sedaaaaapppp ! nk rasa ?! mai lah rumah .
winkwink ^^

firstly i want say sorry . sorry dah lama tk update blog . bukan apa . no idea .
then, tiba2 hari ini rse macam nk menaip . so apelagi ! 
entry sy kli ini berkenaan tentang "SAHABAT"



Apa erti shabat ??

 


“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. 
Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. 
Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang.
 Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

 

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. 
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. 
Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Pada pendapat sy . hubungan persahabatan ibarat pertalian saudara d mana bererti "air yg dicincang tidak akn putus " walaupun kita sedia maklum bhawa dlm satu hubungan MUSTAHIL tidak akan berlaku sebarang pergaduhan , salah faham .

Sahabat merupakan org yg terdekat dgn kita selain ahli keluarga . bersama dia kita berkongsi suka n duka . bersama dia jua lah kita meluahkn prasaan n memohon pertolongan .








HARGAILAH HUBUNGAN PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA MAKNA

No comments:

Post a Comment